Di Sini Bermula...

Wednesday, July 27, 2005

Alahai Siti...

Pagi Jumaat, dalam perjalanan nak ke ofis, tetiba aku dengar iklan Hotlink 3G. Mmmm..sedapnyalah lagu nie. Kalau Siti lah yang nyanyi, lagu iklan pun jadi sedap kan. Hehehe..Banyak kali gak aku mendengar lagu tu, tapi aku ni jenis lambat nak menghafal lirik lagu. Aku malas nak ingat2 lirik lagu nie. Dalam hati dah berkobar-kobar, smpi ofis nanti aku nak tulis pasal lagu ni kat Sitizone. Sampai je kat ofis, hampeh.com tul lah. Aku lupa yang server kat ofis ditutup selama 5 hari. Mmmm..mati kutu aku bila tak leh nak online nie. Sebab aku hanya setiap masa online di SZ jerk. Serba tak kena aku. Nak buat keje pun tak boleh.

Hari Sabtu, aku dapat sms dari kawan beritahu, ada kawan kat Penang dapat jumpa Siti. Ish, ish, ish..nak jeleskan pun, takde apa nak dijeleskan pun. Aku pun dapat idea. Aku tak pernah berckp dengan Siti kat tepon nie. Aku pun apa lagi, antar sms kat kawan tu, beritahu, kalau jumpa Siti kat airport masa Siti nak balik nanti, tolong pass kan handphone dia kat Siti. Member tu kata okay jerk.

Besoknya hari ahad, dia on the way nak ke airport antor Siti balik, dia bagi mesej beritahu dia dah on the way dan kalau nampak Siti dia buat missed call soh aku call. Aku pun standby jerk lah. Ada jerk missed call tu terus aku call member tu, soh passing handphone kat Siti, tapi Siti tak tau sapa.

Di antara perbualan aku dengan Siti di telefon:

Aku : Hello Siti..Assalamaulaikum..
Siti: Waalaikumusslam..
Aku: Siti dah nak balik dah ek.
Siti: A`ah, dah nak balik dah nie..
Aku: Siti, tahniah ek di atas anugerah yang Siti terima tu.
Siti: Terima kasih..
Aku: Tahniah gak sebab konsert di Singapore mendapat sambutan
Siti: Terima kasih..
Siti: Sapa nie?
Aku: Saya ni pun nama Siti gak..tapi nama saya Si Tipah..
Siti: Oooo..yaker (Gelak)

Tut..tut..Line terputus..Alamak!!! Kena buat redial semula, takut terlepas. Soh member bagi kat Siti semula, sebab tak abih dapat berckp dengan Siti..

Aku: Hello Siti..tadi yang terputus tadilah..Kak Lon lah nie..
Siti: Hah..tu lah jadi Tipah lagi..kan dah jadi Tipah tertipu..
Aku: (Gelak)
Aku: Suara seraklah Siti..tak bape sihat lagi nie..
Siti: Haaa..tak sihat kan..demam ek. Makan lah ubat. Jangan tak makan ubat tau. Biar lekas sihat...
Aku: Dah tak demam lah Ti, cuma batuk jerk.. Siti, ok lah ek. Maaf mengganggu Siti ek.
Siti: Takpe..
Aku: Okay Siti..terima kasih..I love u..
Siti: Sama-sama..I love u too..
Aku: Assalamualaikum
Siti: Waalaikmussalam

Wahhhhhhh!..Besttttnya aku rasa. First time dapat berbual di telefon dengan Siti. Selama nie, aku hanya memasang angan-angan nak bercakap dengan dia di telefon. Selalu plan macam-macam dalam fikiran aku nie. Nak cakap apa ek dengan Siti. Tapi ari tu, aku spontan jerk berbual dengan dia. Siti punyalah mesra, macam kawan-kawan dia jerk soh aku makan ubat. Hehee..aku nie manalah batuk tak baik-baik. Nak soh aku makan ubat batuk? Mmmmm...maaflah aku kalau ubat air nie, mau hijo muka aku dulu nak telan ubat air tu lalu kat tekak nie. Rasa macam nak terkeluar balik ubat tu. Tapi, kalau ubat kapsul ke, biji ke, aku tak kisah pun. Tapi, tak tau lah kalau Siti yang suapkan ubat air tu, kena gaklah aku telan kot. Hehehe..Ngarut je aku nie..Ntah apa-apa ntah kan.

Selama nie cuma berbual berdepan jerk, boleh bergurau senda dengan Siti .tapi aku tengok Siti nie, dengan aku dah macam kawan-kawan dia jerk..selamba jerk masa berbual tu. Dia dah tak heran dengan aku dah sebenarnya. Tingat masa raya ari tu, dia nak cuit pinggang aku sebab aku mengusik dia bila nak kahwin. Tapi, aku ni bukan tak pengeli pun, aku selamba derk jer. Lagipun masa tu aku tengah pegang videocam nak amik gambar dia. Tu belum lagi bab dia bagi flying kat aku masa kat RTM ari tu. Hehehe.. Siti..Siti..

Nape ek bila dengna Siti nie..dapat jumpa ke..dapat berbual ke..rasa semacam jerk. Pastu asyik teringat-ingat je apa yang berlaku bersama-sama dengan dia. Alahai Siti..apalah penangan dia nie ek. Boleh menjadi igauan kepada sesiapa saja yang pernah berdepan dengan dia. Tak chaya??? Kalau tak chaya..kena cuba dulu, baru tau penangan bila dapat berdepan dengan Siti nie. Tak tahu aura Siti ni macamana sebenarnya, sehingga boleh memikat hati setiap orang.











7 Comments:

  • At 12:04 AM, Anonymous Anonymous said…

    hehehe maaf fazlon...nak tulis sumting tp kuar dari tajuk...ok ke?..ok je la ek !...fazlon jaga diri bebaik ye dlm musim jerebu yg agak teruk masa ni...rasanya fazlon baru je baik dari sakit kan...bykkan minum air ye...duk umah je la kalau xde pape nak buat kat luar...

    alaa...apa la along membebel ni ye...well saje nak bgtau..jaga diri nya ye...

     
  • At 7:14 PM, Anonymous Anonymous said…

    Terima kasih Along atas nasihat Along tu. Lama tak dengar cite Along ek. Jerebu tak smpi ke sana ke Along? Ari tu tgk Siti tak?

     
  • At 4:08 PM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum fazlon...

    lama dah fazlon tak tulis pape kat blog nya ni ye...sibuk dgn tugasan ke?..elok elok keje k...jaga kesihatannya.

    ni along nak amik kesempatan kat sini...boleh ke? (tak tau kat ner lagi nak tinggalkan 'pesan' buat fazlon)...

    takde laa...nak amik kesempatan nak ucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI buat fazlon sekeluarga...semuga gembira di raya ini...hati hati memandu balik ke kg nya ye...kalau masa catatan ni along taip fazlon dah pun selamat sampai ke kg...alhamdilillah...

    tahun ni pegi raya umah Siti lagi ke?...

    Sempena raya ni...along nak pohon kemaafan gak dari fazlon la ye sekiranya selama along kunjung blog nya ni ada along bagi komen yg menyinggung perasaan atau apa saje ye...maklum la...kita manusia biasa tak sunyi dari buat salah dan silap...lagi la orgtua mcm along ni..

    sekali lagi...SELAMAT HARI RAYA

     
  • At 9:57 PM, Anonymous Anonymous said…

    Sorrylah Along...kita memang sibuk..takde masa nak tulis kat sini..

     
  • At 12:29 AM, Anonymous Anonymous said…

    ni yg rasa cam nak marah2 nie...mana bleh kak lon nak ber i lap u ngan ct..ct tu kan pompuan sama cam k.lon..lain la kalu ct ngan saya ke..eehehehhee ----> erk!! agak2 kenal tak ayat sapa nie? ehehehehee

     
  • At 1:59 AM, Blogger fazlia said…

    Yang ni lagi poyo.. Nak ber lap2 dgn Siti, kenalah `machio' sket..Keh..keh..keh.. ;-)

     
  • At 7:21 PM, Anonymous Anonymous said…

    la bukan teman nie memang udah macho ker?? ahaksss.... :P

     

Post a Comment

<< Home